IQNA

Menjadi orang beragama, mestilah bermula dengan "keadilan" dan berakhir sempurna dengan "akhlak".

23:22 - April 15, 2023
Berita ID: 3102450
TEHRAN (IQNA) - Indikator yang paling penting untuk mengukur religiusitas sesebuah masyarakat ialah tahap realisasi keadilan dan kelaziman akhlak mereka, oleh itu, religiusitas bermula dengan keadilan dan mencapai kesempurnaannya dengan akhlak.

Apa yang disebut dalam sumber agama boleh dibahagikan kepada 5 bahagian;
Pertama ada upacara dan ritual yang semua agama ada, contohnya dalam Islam, ada solat, puasa, haji, tempat dan waktu-waktu yang mulia dan suci, ada ritual doa, ziarah, berkabung dan lain-lain, dan setiap agama ada ritualnya sendiri.

Bahagian kedua pula merangkumi masalah kepercayaan dan prinsip seperti tauhid dan kenabian.

Bahagian ketiga adalah tentang sifat-sifat akhlaq seperti kesederhanaan, merendah diri, optimis, niat baik, berbaik sangka, dan lain-lain,

Bahagian keempat adalah hak dan hubungan undang-undang antara manusia, dan tidak saling menindas, dan apa yang perlu dilakukan dalam jual beli atau muamalaat - kontrak dan perjanjian.

Dan bahagian kelima juga termasuk isu pemerintah dan kedaulatan negara dan dimensi politik Imamah dan kewibawaan ahli fiqh -wilayatul-faqih, dsb.

Persoalan asasnya ialah komponen manakah yang lebih menentukan untuk mengukur religiositi manusia dan masyarakat -
yang manakah ahli agama yang lebih diutamakan?

Terdapat 500 riwayat bahawa Imam Al-Mahdi as akan memenuhi dunia dengan keadilan. Oleh itu, kerja Imam Mahdi yang terpenting ialah menegakkan keadilan.

Al-Quran telah menyatakan tujuan pengutusan para nabi dan diturunkan kitab-kitab, dan dengan jelas menyatakan bahawa tujuan diutuskan rasul-rasul dan diutuskan kitab itu adalah untuk menegakkan keadilan.

Agama bermula dengan keadilan dan dilengkapkan dengan akhlak
Nabi (SAW) bersabda dalam satu riwayat yang sering diriwayatkan yang bermaksud bahawa; "Aku diutus untuk menyempurnakan dan menyelesaikan amalan akhlak yang mulia".

Ayat Al-Quran yang menganggap tujuan dakwah itu bersandarkan secara berperingkat-peringkat, telah menyatakan religiusitas minimum, dan bermoral telah menjelaskan religiusitas maksimum. Maksudnya, religiusitas bermula dengan menjaga keadilan dan paa penghujung akhirnya dilengkapkan dengan memelihara akhlak yang mulia.

Dalam khutbah pertama Nahjul-Balaghah, dinyatakan bahawa tujuan pengutusan nabi adalah untuk mendidik manusia supaya berakal dan menyuburkan akal supaya manusia menjadi penanya dan tidak tunduk kepada satu pendapat. Daripada ini, kita boleh membezakan yang mana antara pelbagai perkara, iaitu, politik, etika, kepercayaan, dll, yang mempunyai peranan yang lebih tinggi dalam religiositi.

*Petikan daripada kata-kata Mahdi Mehrizi (مهدی مهریزی) ahli fakulti Universiti Quran dan Hadith, pada mesyuarat ilmiah bertajuk; "Personaliti Religiositi"

captcha