IQNA

Pendaftaran Iktikaf Ramadan di Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi

6:28 - March 04, 2023
Berita ID: 3102290
TEHRAN (IQNA) - Pentadbiran Am Hal Ehwal Haramain Syarifain akan memulakan pendaftaran dalam talian jemaah yang berhasrat untuk melakukan iktikaf Ramadan di Masjidil-Haram dan Masjidin-Nabi mulai 18 Mac sama dengan 25 Syaban.

Laporan IQNA, memetik Ummid; Pentadbiran ini mengumumkan dalam satu pengumuman: Pendaftaran iktikaf 2023, yang bermula pada 25 Syaban 1444 Hijrah (18 Mac), akan diteruskan sehingga 10 Ramadan 1444 Hijrah.

Dalam makluman ini, dinyatakan bahawa pendaftaran akan dibuat secara online dan jemaah ziarah perlu mengisi borang permohonan. Pendaftaran Iktikaf adalah sama bagi Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi. Jemaah perlu memilih masjid pilihan mereka semasa mengisi borang dalam talian.

Pentadbiran Am Dua Masjidil Haram mengumumkan akan menempah dan memperuntukkan kawasan khas Dua Masjid Suci untuk iktikaf dan menasihatkan jemaah supaya hanya membawa sejadah, katil ringan, bantal dan dua helai pakaian Ihram.

Kawasan ini akan mempunyai rak untuk menyimpan barang-barang jemaah, dan setiap jemaah berdaftar akan diberikan peti keselamatan berasingan dengan kunci.

Iktikaf Ramadan adalah tradisi lama di Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi, yang diadakan setiap tahun pada 10 hari terakhir Ramadan.

*Iktikaf;  اعتکاف - Perbuatan duduk (berhenti) di dalam Masjid dengan niat bermunajat kepada Allah (Kamus Dewan Edisi Keempat).

4125614

captcha