IQNA

Nasihat pemimpin tertinggi revolusi Islam kepada peserta iktikaf

8:32 - February 05, 2023
Berita ID: 3102179
TEHRAN (IQNA) - Hazrat Ayatullah Khamenei, sebagai jawapan kepada surat permintaan daripada Ketua Markas Pusat Iktikaf (اعتکاف) negara Republik Islam, ditujukan kepada mereka yang akan menyertai upacara kerohanian Iktikaf tahun ini, yang diterbitkan oleh majalah Khat Hizbullah (خط حزب‌ الله).

Laporan IQNA; memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemeliharaan dan Penerbitan Karya Agung Ayatullah Khamenei (HF), pada malam 11 hari bulan Rejab dan majlis kerohanian Iktikaf di masjid seluruh negara dibuka, ketua Markas Pusat Iktikaf telah menghantar surat meminta Ketua Revolusi Islam memberi cadangan dan nasihat kepada peserta Iktikaf tahun ini.

Hazrat Ayatullah Khamenei, sebagai tindak balas kepada surat ini, yang ditujukan kepada mereka yang akan mengambil bahagian dalam upacara kerohanian iktikaf tahun ini, mempunyai cadangan kuat, yang diterbitkan oleh majalah Khat Hizbullah, petikan terjemahannya berikut:

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Pada hari-hari Iktikaf, peserta hendaklah menunaikan sekurang-kurangnya sekali solat Hazrat Jaafar Attayar (as) tetapi lebih baik jika mereka melakukannya pada setiap hari Iktikaf.

Seyyed Ali Khamenei
11/Rejab/1444H

*Solat Hazrat Jaafar (ra), yang juga dikenali sebagai solat Tasbih, ialah empat rakaat (dikerjakan dua rakaat-dua rakaat); Pada rakaat pertama, selepas Al-Fatihah, membaca Surah al-Zalzalah "«إذا زلزت الأرض»", pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah membaca Surah al-Aadiyaat" «والعادیات»", pada rakaat ketiga selepas Al-Fatihah membaca Surah an-Nasr" «إذا جاء نصر الله» " dan pada rakaat terakhir selepas Al-Fatihah membaca surah al-Ikhlas «قل هو الله». Dalam solat ini, sebanyak 300 kali membaca Tasbihatul arbaah; (سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَ اللَّهُ أَکْبَرُ - Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar) disebut dengan cara berikut:

Pada setiap rakaat (selepas membaca al-Fatihah dan Surah) sebelum rukuk membaca 15 kali Tasbihatul arbaah, lalu membacanya 10 kali dalam rukuk, 10 kali pada waktu berdiri selepas dari rukuk, 10 kali dalam sujud pertama, 10 kali di waktu duduk antara dua sujud 10 kali dalam sujud yang kedua, 10 kali di waktu duduk selepas sujud kedua. Kemudia melakukan rakaat kedua dengan cara yang sama. 

Dalam sebuah hadis Imam Sadiq (as)menyatakan bahawa pada sujud akhir solat, selepas membaca tasbihatul arbaah 10 kali hendaknya membaca, doa berikut:

سُبْحَانَ مَنْ لَبِسَ الْعِزَّ وَ الْوَقَارَ، سُبْحَانَ مَنْ تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَ تَکَرَّمَ بِهِ، سُبْحَانَ مَنْ لَا یَنْبَغِی التَّسْبِیحُ إِلَّا لَهُ، سُبْحَانَ مَنْ أَحْصَی کُلَّ شَیْ‏ءٍ عِلْمُهُ، سُبْحَانَ ذِی الْمَنِّ وَ النِّعَمِ، سُبْحَانَ ذِی الْقُدْرَةِ وَ الْکَرَمِ، اللَّهُمَّ إِنِّی أَسْأَلُكَ بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِكَ، وَ مُنْتَهَی الرَّحْمَةِ مِنْ کِتَابِكَ وَ اسْمِكَ الْأَعْظَمِ، وَ کَلِمَاتِكَ التَّامَّةِ الَّتِی تَمَّتْ صِدْقًا وَ عَدْلًا، صَلِّ عَلَی مُحَمَّدٍ وَ أَهْلِ بَیْتِهِ.

"Maha suci Yang memakai pakaian kehormatan dan keteguhan, Maha suci Yang berlaku lembut dengan pujian dan kemulian denganNya, Maha suci Yang berhak mendapat kesucian hanya untuknya. Maha Suci Yang ilmunya mengira segala-galanya, Maha suci Pemilik harapan dan nikmat, Maha suci Pemilik kekuatan dan kemuliaan. Ya Tuhan, aku memohon kepada-Mu dengan tempat kemuliaan takhta-Mu, dan belas kasihan rahmat dari kitab-Mu dan nama-Mu yang agung, dan kalimah-kalimah-Mu yang sempurna benar dan adil curahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan kelurganya".

Kemudian mohonkanlah hajat dan keperluan anda.

*Tata cara solat mustahab hazrat Jaafar boleh merujuk ke kitab-kitab: Mafaatihul-Jinan, Baladul Amin atau Kitab: Zadul Maad fi huda khairil ibad - زاد المعاد في هدي خير العباد, Pengarang: محمد بن أبي بكر بن أيوب بن سعد شمس الدين ابن قيم الجوزية - Muhammad bin Abi Bakr bin Ayub bin Saad Shams al-Din Ibn Qayyim al-Jawziyah (w. 751 Hijrah), Penerbit: Yayasan Al-Risalah, Beirut - Perpustakaan Islam Al-Manar, Kuwait.

4119520

captcha