IQNA

Jalan Petunjuk dari perspektif Amirul Mukminin (as)

5:31 - October 16, 2022
Berita ID: 3101670
TEHRAN (IQNA) - Amirul Mukminin (as) mengatakan bahawa jalan petunjuk itu terbuka kepada manusia, Allah adalah Petunjuk dan Al-Quran adalah kitab Petunjuk. Oleh itu, seseorang harus mendengar, mempertimbangkan dan bertindak berdasarkan apa hasil pertimbangan dalam firman Tuhan.

Laporan IQNA; Imam Ali (as) berkata dalam - خطبة المتقین - khutbatul muttaqin-nya yang menggambarkan sifat-sifat orang soleh - bertaqwa: "Mereka menumpukan telinga mereka kepada ilmu yang memberi manfaat kepada mereka". Walaupun ayat ini pendek, ia mengandungi mesej penting; Pertama, orang yang bijak tidak membiarkan telinganya untuk mendengar perkara karut dan perkara yang tidak menambah apa-apa kepada kesedaran kemanusiaanya. Telinga ini adalah nikmat dari rahmat Allah dan pendengaran juga merupakan nikmat - karunia keberkatan dari rahmat Allah swt.

Dalam Al-Quran menyatakan bahawa ahli neraka akan berkata pada hari kiamat: 

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ

"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran dengan bertaakul), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".(Qs, Al-Mulk 67:10).

Al-Quran mempunyai banyak rujukan kepada perkara ini bahawa orang meletakkan gabus - menutup telinga mereka supaya mereka tidak mendengar kebenaran ilahi.

Amirul Mukminin (as) berkata: "Wahai manusia, telah diperlihatkan kepada kamu segala yang diperlukan untuk petunjuk kamu dengan syarat kamu membuka mata kamu, dan semuanya telah dibacakan di telinga kamu dengan syarat kamu mengeluarkan gabus - penutup telinga kamu"!

Hazrat Amirul Mukminin (as) mengatakan bahawa jalan petunjuk itu terbuka kepada manusia dan Tuhan adalah Petunjuk, dan Al-Quran juga adalah kitab Petunjuk-Nya, maka hendaklah mendengar, merenung dan mengamalkan apa yang ada dalam ayat-ayat Al-Quran - firman Tuhan itu.

* Diambil daripada kata-kata Syed Hamid Khui, ulama dan penyelidik 'Nahjul-Balaghah' - Nama kitab yang memuat kumpulan pidato dan surat hazrat Al-Imam Ali (as). 

captcha