IQNA

Apa kata Al-Quran / 47

Doa orang yang mendengar seruan iman

6:56 - March 15, 2023
Berita ID: 3102341
TEHRAN (IQNA) - Apabila seorang mengajak - memanggil (dakwah) atau bercakap (tablig - menyampaiakan) tentang iman kepada Tuhan, ada beberapa orang lain yang mendapati diri mereka tersesat lalu menemukan jalan petunjuk di dalamnya dan mengikuti panggilan itu. Hubungan ini menjadi asas kepada orang yang beriman untuk memohon kepada Tuhan mengenai perpaduan di kalangan mereka - orang yang beriman.

Laporan IQNA; Beberapa ayat Al-Quran menyatakan doa yang diucapkan oleh para nabi dan orang-orang soleh yang dimulakan dengan kalimat "Rabbanaa" «ربنا» ("Wahai Tuhan kami!"), ayat ini menyatakan permohonan orang-orang mukmin yang bermuhasabah - yang berfikir tentang eratnya hubungan antara mereka, yang ditujukan kepada Tuhan mereka yang satu.

Salah satu penjelasan ayat ini adalah dari perkataan orang-orang yang telah mendengar risalah iman dan beriman kepadanya. "Mendengar" (سماع) - Simak ialah salah satu cara paling berkesan untuk mendapat hidayah dan bimbingan Tuhan, dan beberapa pengulas atau ahli penafsiran telah menyenaraikannya sebagai cara yang paling berkesan, malah lebih tinggi daripada melihat dan membaca.

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. 'Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti - berkebajikan". (Qs, A-li'Imraan 3:193).

Para ahli tafsiran telah menimbulkan perdebatan tentang siapakah orang yang berseru - Munadi (منادى) kepada iman atau mengajak orang untuk beriman kepada Tuhan yang Maha Esa:

1. Menurut kebanyakan ahli tafsir, yang dimaksud Pemanggil - Munadi (منادى) - penyeru - pengajak - pentablig atau pembawa berita tentang ketuhanan Allah SWT dan perihal Iman kepadaNya adalah Nabi Muhammad SAW.

2. Yang di maksud Munadi adalah; Al-Quran yang mulia itu sendiri, kerana ramai orang tidak mendengar langsung seruan atau panggilan Nabi SAW secara hadir di hadapannya, tetapi semua orang telah mendengar Al-Quran, walaupun mereka tidak melihat Nabi SAW.

Dalam ulasan kitab Tafsir al-Amstal (الامثال), kita membaca: Para pemilik kebijaksanaan akal, setelah menerima tujuan penciptaan alam dan dirinya, juga menyedari bahawa mereka tidak akan dapat berjalan di kehidupan yang penuh tantangan ini tanpa pemimpin ilahi. Oleh itu, mereka sentiasa menanti-nanti untuk mendengar suara pemberi pemberita iman dan kepada penunjuk jalan ini supaya mereka mendengar seruan pertama mereka, mereka bergegas ke arahnya, dan beriman dengan sepenuh hati dan berkata di hadapan Tuhan mereka: "Demi Allah! Kami mendengar suara pemberi khabar tentang tauhid, yang mengajak kami untuk beriman kepada Tuhan kami, dan kami pun beriman kepadanya".

Tetapi di hadapan orang-orang yang mendambakan iman dan orang-orang arif berfikir yang menyahut seruan iman dan mendengarnya, ada orang-orang yang tidak mengendahkan seruan ini dan akhirnya menyesal pada hari kiamat dengan berkata;

«لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ ما كُنَّا فِي أَصْحابِ السَّعِيرِ»

"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". (Qs, Al-Mulk 67:10).

Pesan-pesan ayat dalam Tafsir Nur Ustaz Muhsin Qaraati:
1. Orang yang bijak (menggunakan akal berfikir) bersedia menerima kebenaran, dan selain menyahut seruan fitrat (hujah semula jadi diri setiap manusia), mereka menyahut seruan nabi, ulama dan syuhada.
«إِنَّنا سَمِعْنا مُنادِياً يُنادِي لِلْإِيمانِ ...»

2. Memohon pengampunan dan pengakuan dari kesilapan dan kelalaian adalah tanda kebijaksanaan - Akal.

3. Salah satu adab berdoa yang menjadi asas kepada memperoleh pengampunan Ilahi ialah memberi perhatian kepada sifat tarbiah Ilahi atau rububiyah Allah SWT, sebagai kelanjutan dari beriman kepada wujudiyahNya - «رَبَّنا فَاغْفِرْ لَنا».

4. Iman adalah asas untuk mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT - «فَآمَنَّا، فَاغْفِرْ لَنا».

5. Mendoakan orang lain; memasukan orang lain yang beriman dalam doa-doa kebaikan kita - «فَاغْفِرْ لَنا».

6. Menutup aib adalah salah satu aspek ketakwaan dan iman kepada rububiyah Tuhan dan salah satu kaedah pendidikan Islam - «رَبَّنا ... كَفِّرْ عَنَّا».

7. Kematian atau wafat manusia adalah dengan kehendak ilahi - «تَوَفَّنا».

8. Orang yang bijak berpandangan jauh ingin mati bersama orang-orang yang baik - digabungkan dalam golongan orang - orang soleh - «تَوَفَّنا مَعَ الْأَبْرارِ».

9. Orang baik dan berakhlak mulia (Abrar - ابرار) mempunyai kedudukan yang dicita-citakan oleh orang-orang yang bijak - berakal - «لِأُولِي الْأَلْبابِ ... تَوَفَّنا مَعَ الْأَبْرارِ».

*Ulil Albab - pemilik Akal; disebut dalam ayat sebelumnya sebagai menjelaskan ciri-ciri orang yang berakal yang dapat memahami dan beriman kepada rububiyah ilahi;

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَـٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal". (Qs, A-li'Imraan 3:190).

captcha