IQNA

Hujjatul Islam Alawi Tehrani:

Jangan hanya mencari pahala/ganti ke agama akademik bukan agama taqlid buta

11:00 - February 16, 2023
Berita ID: 3102226
TEHRAN (IQNA) - Hujjat-ul-Islam Syed Muhammad Baqir Alawi Tehrani (سیدمحمدباقر علوی تهرانی) sambil menegaskan kepentingan pengajian agama menyatakan: Zaman keagamaan turun temurun tampa kajian sudah berakhir dan agama perlu dituntut pelajarannya dan perlu diajar kerana tanpa pembelajaran, agama adalah satu tugas dan kewajipan yang sukar pada era ini.

Laporan IQNA; Pertemuan Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Syed Muhammad Baqir Alawi Tehrani mengenai topik punca kelemahan penganut agama dalam masyarakat telah diadakan semalam pada 25hb Bahman bersamaan 15 Februari di Masjid Hazrat Amir (as), petikan yang boleh anda baca di bawah;

Perbincangan kami adalah mengenai faktor yang melemahkan agama. Untuk menetapkan nilai dan keperluan perbincangan ini dalam keadaan semasa, saya katakan bahawa Allah SWT mengajar kita untuk meminta petunjuk daripadaNya ke jalan yang lurus (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ) dan memohon ini 17 kali dalam solat wajib harian kita. Saya berkata bahawa maksud jalan lurus menurut Al-Quran ialah agama Islam - agama yang lurus - agama penjagaan - Din qayyim (دین قیم). Kita kata apa erti agama? Agama bermaksud rancangan menyeluruh daripada Tuhan yang dibawa oleh Nabi (SAW) untuk umat manusia dengan tujuan membawa mereka kepada kebahagiaan; Agama adalah satu program yang memerhatikan tiga aspek manusia:
1. Pemikiran manusia,
2. Kecenderungan manusia,
3. Tindakan manusia.

Jika pemikiran seseorang, jika keinginan seseorang, jika interaksi seseorang berada di bawah rancangan Tuhan (agama Islam Allah), orang ini disebut sebagai agamawan (متدین - Mutadayyin).

Untuk menjadi beragama, dua kebenaran diperlukan:
1. Menjadi beragama (masuk beragama Islam melalui pintu ucapan dua kalimah syahadah;

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

"Asyhadu an laa ilaaha illallaahu, wa asyhadu anna muhammadar rasuulullah".

Yang bermaksud:
"Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah".

2. Mengamalkan agama.

Kedua-duanya tidak berguna tanpa yang lain.

Kita hendaklah memperbetulkan suasana keagamaan
Kita harus memperbaiki suasana keagamaan dan bangkit mengatasi dari hanya mengejar pahala. Kecenderungan hanya mencari pahala tampa kefahaman terhadap esensi amalan, yang justeru mencipta masyarakat yang pasif untuk meningkatkan status nilai keberagamaan yang manusiawi, oleh itu kita harus mencari ilmu yang bertambah yang juga pasti boleh menaikan taraf pahala amalan ibadah; Jika ada ilmu dalam ibadah haji yang anda buat atau ibadah solat dll ibadah yang dianjurkan dalam Islam, pahalanya jauh lebih besar dari hanya setakat menjalankan tiruan ritualnya, sebagaimana dalam riwayat Imam Redha (as) - Itrah ketujuh Ahlulbait Nabi (SAW) yang berkata:

«إنَّ زِیارَتى تَعْدِلُ عِنْدَاللهِ عَزَّ وَ جَلَّ ألْفَ حَجَّه»

"Menziarahiku sama dengan seribu haji." Apabila seorang Perawi terkejut dan bertanya kepada Imam Jawad (as) - Itrah suci kelapan - Apakah menziarahinya menyamai seribu haji? Imam (as) dalam menjawab berkata:

«إى وَاللهُ، وَ ألْفُ ألْفِ حَجَّه، لِمَنْ زارَهُ عارِفاً بِحَقِّهِ»
"Ya, demi Allah, bahkan beribu Haji, bagi mereka yang menziarahinya dengan mengetahui hak kebenarannya",

Yang bermaksud pahala yang diperolehi menziarahi pemimpin maksum Ahlulbait dan itrah Nabi (SAW) bagi orang yang meziarahi mereka dengan ilmu pengetahuan yang sebenar; bahawa kedudukan kepimpinan umat menjadi asas kebenaran pelaksanaan ibadah dan muamalat atau transaksi sosial yang diajarkan oleh agama Tuhan yang maha esa.

Agama itu susah, bila kita kata susah, maknanya zaman agama turun temurun - taqlid buta sudah berlalu dan agama harus diajar berdasarkan konsep dan teori santifik Al-Quran, Hadith dan Logika (intelektual akademika agama). Sukar melaksanakan tuntutan agama tanpa mempelajarinya dengan saksama pada zaman ini.

Dalam riwayat ada menyatakan orang lebih mudah menjadi kafir di akhir zaman daripada menghilangkan celak di tepi mata. Nabi (SAW) mengatakan bahawa di akhir zaman orang beragama pada waktu malam, tetapi mereka tidak beragama pada waktu pagi. Ini berlaku apabila seseorang beragama tetapi tidak tahu bahawa keberagamaan disertai dengan usaha mencari dan mengkaji serta perlu ketabahan.

Apakah nilai keberagamaan manusia menurut Al-Quran? Dalam Al-Quran atau dalam ajaran agama kita - Islam, menyatakan bahawa manusia mempunyai darjat tinggi di alam ciptaan Tuhan. Menurut agama Islam, keberagamaan manusia mempunyai maruah. Izinkan saya membaca firman Agama Tuhan dalam ayat Al-Quran berikut:

وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti." (Qs, Al-Jaathiyah 45:13).

Menurut ayat ini, nilai langit dan bumi diperuntukkan berkhidmat kepada manusia, bermaksud manusia memiliki nilai kepimpinan dalam menggunakan alam untuk keperluan kehidupan yang dirancang oleh Tuhan pencipa manusia dan alam, manusia mempunyai nilai unggul dari langit dan bumi.

Harga keperluan hidup telah meningkat lebih daripada manusia itu sendiri
Malangnya, hari ini harga keperluan hidup telah meningkat lebih daripada manusia, tetapi Tuhan berkata bahawa Aku menciptakan seluruh langit dan bumi untuk anda - manusia, dan ini adalah nilai seorang manusia. Tuhan yang sama yang meletakkan nilai sedemikian kepada manusia dihadapan makhlukNya yang lain.

Seseorang dari salah satu kabilah Bani Israil mati dalam keadaan mencurigakan, kabilah mangsa menuntut nabi Musa (as) untuk mencari pembunuh. Tuhan berfirman kepada nabi Musa untuk menyuruh bani Israel menyembelih seekor lembu, lalu memukul sebahagian lembu itu kepada mangsa, dia akan hidup semula dan memberitahu siapa pembunuhnya.

Bani Israil mula membuat alasan. Akhirnya, mereka membunuh lembu itu, mangsa hidup semula dan mengenal pasti pembunuhnya, tetapi Bani Israil tidak menghargai dan cenderung mendustakan mukjizat ilahi.

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Qs, Al-Baqarah 2:74).

Ayat ini membandingkan orang yang berdalih untuk menolak mukjiizah Ilahi nabi Musa (as) dengan batu, akibat menolak dan kemaksiatan terhadap Agama Tuhan.

Kisah seterusnya ialah kisah Balam Baura (بلعم باعورا). Balam Baura adalah orang yang mempunyai permulaan yang baik. Dia adalah salah seorang yang beriman kepada nabi Musa (as), dia adalah seorang ulama yang telah mencapai kedudukan hamba yang dikabul doa-doanya oleh Tuhan (مستجاب الدعاء), dan dia adalah pengikut nabi Musa (as), yang mempunyai kuasa dalam nama-nama agung ilahi yang Al-Quran mengisahkan tentangnya dalam ayat;

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat - Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir - Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri." (Qs, Al-A'raaf 7: 175 - 177).

Allah SWT akan memperkirakan kita dengan memberi karunia besar kepada kita apabila kita berusaha untuk menegakkan agamaNya.

Agama mempunyai dua komponen:
1.  Komponen pertama kita beri istilah "peta", iaitu kitab/teks suci - Al-Quran,
2. Komponen kedua; Pembaca peta atau dalam makna penjelas, penakwil, penafsir dan pengarah jalan lurus ajaran Tuhan iaitu para nabi dan imam.

Peristiwa Saqifah di awal zaman wafat Nabi (SAW) adalah mengambil peta tetapi tidak mengambil pembaca peta yang memiliki otoriti yang ditetapkan Tuhan dan NabiNya.

Syedina Ali (as) secara logika akademik sebagai pintu ilmu Nabi (SAW) hendaklah diterima juga sebagai pembaca dan penunjuk cara menjalankan peta ini, Imam Hasan Mujtaba (as) dan seterusnya Imam Husain (as)... hendaklah diterima sebagai pembaca dan penunjuk cara menjalankan peta ini, sayang sebahagian umat Islam mengambil peta sahaja, tetapi meninggalkan pembaca dan penunjuk cara menjalankan peta itu dan malah berkata bahawa sesiapa yang meriwayatkan hadith akan berdepan dengan pihak kami, oleh itu terjadi pemusnahan hadith Nabi (SAW) secara besar-besaran pada satu masa sejarah awal khilafah Islam yang menolak kepimpinan Syedina Ali (KWJ), dan cenderung menolak periwayatan hadith dari para imam suci Ahlulbait dan itrah Nabi (SAW), yang sebenarnya sebagai lumbung ilmu Nabi (SAW) yang menjadi sumber ajaran Agama Tuhan yang sentiasa kita minta dalam solat; (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ) - Tunjuki kami jalan yang lurus - jalan yang menuju kepada kebahagiaan.

captcha