IQNA

Aktiviti Kanak-kanak di Festival kesenian Al-Quran antarabangsa Malaysia

16:02 - January 21, 2023
Berita ID: 3102113
TEHRAN (IQNA) - Menanam keghairahan anak-anak terhadap Al-Quran, agar sejak usia ini mereka berasa seronok dan suka membaca Al-Quran, merupakan aktiviti yang dilancarkan hasil kerjasama antara Blindspot Studio, D.I.Y dan Yayasan Restu untuk kanak-kanak di acara festival kesenian Al-Quran antarabangsa Malaysia.

Laporan IQNA; Memetik perbualan wartawan IQNA dengan pengerusi bahagian aktiviti kanak-kanak festival tersebut; pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kanak-kanak di Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran yang telah bermula Jumaat semalam, 20 hb yang menjelaskan;

Hari ini telah dimulai pertandingan mewarna yang dibuka untuk kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun, aktiviti mewarna diadakan untuk tiga tarikh pertandingan iaitu 21 Januari, hari ini, 28  dan 29 Januari, yang akan berlangsung di Nasyrul-Quran. Aktiviti ini hasil kerjasama antara Blindspot Studio, D.I.Y dan Restu buat kanak-kanak.

Aktiviti lain untuk ibubapa yang memiliki kanak-kanak 4 - 12 tahun, boleh melihat produk bacaan kisah-kisah teladan yang disediakan untuk kanak-kanak seperti, sejarah Nabi, kisah berkenaan dengan para Nabi Allah seperti kisah Semut, Unta dan lain-lain kisah dari Al-Quran yang menarik untuk pendidikan kanak-kanak yang mudah bagi ibubapa memupuk pendekatan anak-anaknya dengan Al-Quran.

Aktiviti Kanak-kanak di Festival kesenian Al-Quran antarabangsa Malaysia

captcha