IQNA

Pengenalan Tafsir dan Ulama Ahli Tafsir / 14

Syed Razi; Membuktikan keajaiban ungkapan metafora Al-Quran

13:51 - January 11, 2023
Berita ID: 3102063
TEHRAN (IQNA) - Syed Razi telah membicarakan tentang keajaiban Al-Quran dalam aspek ekspresif dan metafora Al-Quran dalam karya tafsirnya - "تلخیص البیان فی مجازات القرآن".

Laporan IQNA; Salah satu tafsiran yang mempunyai pendekatan baru terhadap tafsiran Al-Quran ialah «تلخیص البیان فی مجازات القرآن» "Talkhis al-Bayan fi majaazaat Al-Quran" - Merumuskan pernyataan metafora Al-Quran, oleh Syed Razi.

Syed Razi menggunakan kepandaian dan pengetahuannya yang kaya dalam karya ulasan ini untuk menyusun karya tersendiri pertama mengenai metafora Al-Quran.

Ulasan beliau satu jilid dalam bahasa Arab adalah tafsiran ayat-ayat Al-Quran, dari segi perkataan dan ungkapan gabungan kata yang bersifat kinayah dan metafora.

Buku tafsiran ini dianggap sebagai salah satu karya penyelidikan yang paling penting pada abad keempat, yang menggunakan metafora (penggunaan kata dan pertuturan dalam makna dan bukan leksikal), metafora (perumpamaan dan kiasan (pertuturan yang menyamar supaya maksudnya dapat ditilik dari jalan pentakwilan) tentang Al-Quran dalam susunan surah dan beliau telah memetik banyak ayat daripada syair Arab dan telah menyatakan aspek retorik dan mukjizat ekspresif Al-Quran.

Kefasihan (بَلاغَة) dalam perkataan bermaksud kesepadanan penggunaan kata-kata yang boleh difahami dan bersesuaian dengan keperluan audiens «مخاطب‌».

Siapakah Syed Razi?

Muhammad bin Husain bin Musa yang dikenali sebagai Syed Razi (سید رضی) (359-406H: 969-1015M) adalah salah seorang ulama terkenal AhlulBait (as) dan saudara beliau Syed Murteza (سید مرتضی).

Syed Razi memegang jawatan penting seperti hakim dan Amir al-Hajj (penyelia jemaah ziarah Allah dalam urusan haji) semasa pemerintahan Aal-Buyeh (آل بویه) di Iran, dan juga beliau telah meninggalkan karya diwan syairnya. Syed Razi mempunyai karya dalam Kalam dan Tafsir, dan karyanya yang paling penting ialah koleksi Nahjul-Balagha (نهج‌البلاغة) - kumpulan Khutbah Imam Ali (kwj). Beliau juga menubuhkan Darul-Ilmi (دارالعلمی) - institut ilmiah, yang dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai sekolah pertama ilmu agama.

Beliau berguru kepada Muhammad Tabari Maliki (محمد طبری مالکی), Abu Abdillah Jarjani (ابوعبدالله جرجانی) - 397H / 1096M), ahli fiqih Hanafi (فقیه حنفی), Qazi Abdul Jabbar Mu'tazili (قاضی عبدالجبار معتزلی) dan Ikfani Qazi (اکفانی قاضی) - 405H / 1014M) dan beliau telah menulis tentang pembelajaran fiqih dan ilmu usul fiqih.

Syed Razi telah menuntut ilmu dari ulama bukan Imamiyah, kerana tanggungjawab beliau sebagai Hakim dalam menilai mendorongnya untuk mempelajari fiqih semua mazhab ulama.

Ciri-ciri tafsir; "Talkhis al-Bayan fi majaazaat Al-Quran": 
Menyebut bacaan yang berbeza mengikut pendapat tujuh qari (قرائة السبع), membincangkan maksud perkataan dan frasa Al-Quran, mengulas isu-isu kontroversi, menggunakan hadis dalam menyatakan metafora frasa Al-Quran adalah antara ciri tafsir ini.

Tulisan pertama dalam buku tafsiran Syed Razi adalah mengenai ayat ketujuh dari Surah al-Baqarah, yang mengatakan:

خَتَمَ اللّٰهُ عَلَىٰ قُلُوۡبِهِمۡ وَعَلٰى سَمۡعِهِمۡ‌ؕ وَعَلٰىٓ اَبۡصَارِهِمۡ غِشَاوَةٌ وَّلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيۡمٌ

"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Qs, Al-Baqarah 2:7).

Ayat ini adalah tentang orang-orang munafik, Allah berfirman bahawa ada (غِشَاوَةٌ) - tabir penutup di atas mata mereka, dan ini sebenarnya adalah kiasan, kerana orang-orang munafik itu memiliki mata melihat sesuatu dan menggerakkan pandangan mereka, tetapi kerana mereka tidak mengambil manfaat dan pengajaran yang diperlukan daripada Al-Quran, dikatakan pandangan mereka ada penutupnya yang dikiaskan sebagai ada tirainya.

Teks terakhir buku tafsirnya adalah tentang ayat pertama hingga ketiga dari Surah Asy-Syarh;

اَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَـكَ صَدۡرَكَۙ

"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?

وَوَضَعۡنَا عَنۡكَ وِزۡرَكَۙ

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu,

الَّذِىۡۤ اَنۡقَضَ ظَهۡرَكَۙ‏
Yang memberatkan punggungmu?

(Qs, Asy-Syarh 94: 1 - 3).

Syed Razi berkata tentang ayat ketiga bahawa ini ungkapan kiasan "الَّذِىۡۤ اَنۡقَضَ ظَهۡرَكَۙ" ini adalah ayat metafora yang diperlukan penafsiran, kerana Nabi (SAW) maksum; tidak melakukan sebarang dosa, sama dosa besar atau kecil atau menurut pendapat boleh melakukan dosa kecil, sehingga berat bagi Nabi (SAW) sampai patah punggungnya dan kedengaran bunyi patahnya, maksud kata; wizrak «وِزۡرَكَۙ» - bebanmu dalam surah ini juga sebagai metafora dari makna kesusahan dan penganiayaan yang besar yang dialami oleh Nabi (SAW) dari umatnya apabila menyebarkan dakwah agama Allah.

Kitab tafsir Syed Razi ini telah menjadi kitab rujukan oleh pengulas terkemudian dalam beberapa cara yang signifikan dan mereka telah mengutip dan mempercayai tafsirannya, sehingga Qutb Rawandi ( قطب راوندى), Hawizi (حویزى) dan lain-lain telah memetik pendapat kitab ini dalam tafsiran mereka.

Perkara penting tentang buku ini ialah semasa zaman Syed Razi, pemikiran Dzahiriyyah (ظاهریة) dan Salafiyyah (سلفیة) sedang marak, yang menafikan kebolehan mentakwil atau menafsir ayat-ayat kiasan (majas) Al-Quran dan hadis Nabi (SAW).

Dan ada pelbagai buku Syed Razi tentang "Metafora Al-Quran" - «مَجازات القرآن», sebagai jawapan yang tegas dan saintifik untuk aliran yang menyimpang dan bukti kebolehan majaz dalam Al-Quran dan tradisi Nabi (SAW).

captcha