IQNA

Naeem Qasim: Syahid Sulaimani menyatukan seluruh negara menentang rejim Zionis

20:24 - January 05, 2023
Berita ID: 3102038
TEHRAN (IQNA) - Dalam persidangan antarabangsa pertama Maktab (sekolah) Syahid Sulaimani di Tehran, Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan menyatakan: Syahid Sardar (Jeneral) Sulaimani adalah satu-satunya yang dapat menyatukan dunia Islam menentang rejim Zionis pada era sekarang.

Laporan IQNA; Syeikh Naeem Qasim 4 Januari, pada persidangan antarabangsa pertama Maktab Syahid Qasim Sulaimani dengan slogan "Syahid Sulaimani, Juara Dunia Penentangan", yang dianjurkan oleh Maktab Hj Qasim dan Forum Kebangkitan Dunia Islam di Dewan pertemuan negara-negara Islam di Tehran dan ia dibuka dengan ucapan Muhammad Baqir Qalibaf, Speaker Majlis negara republik Islam Iran, yang menyatakan: "Hari ini, mesyuarat antarabangsa pertama maktab Syahid Sulaimani telah diadakan, manakala maktab ini meninggalkan banyak kesan, yang akan terus mendidik generasi akan datang dengan pengenalan yang akrab dengan maktab ini."

Beliau menambah: "Kesyahidan Sardar Sulaimani dari Iran di wilayah Iraq dan Abu Mahdi Al-Muhandis dari Iraq menamatkan perpecahan di Iraq dan menyediakan asas untuk lebih banyak sokongan kepada paksi penentangan."

Naeem Qasim menyatakan: "Syahid Sulaimani mengasihi AhlulBayt (as) dan Islam Nabi Muhammad (SAW) yang tulen dan membuktikan bahawa beliau adalah satu-satunya yang dapat menyatukan dunia Islam untuk menentang rejim Zionis."

Naeem Qasim menjelaskan bahawa Palestin adalah standard yang betul dan salah; Palestin bukan sahaja tanah yang harus dibebaskan, tetapi ia adalah satu isu yang Soleimani berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan perpaduan di kalangan semua kumpulan penentang walaupun terdapat perbezaan di antara mereka dan cuba membawa mereka semua bersama untuk matlamat yang sama.


نعیم قاسم: شهید سلیمانی همه امت را در برابر رژیم صهیونیستی متحد کرد

4112088

captcha