IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 23

Syuaib; Seorang Nabi yang mahir berceramah

6:32 - December 26, 2022
Berita ID: 3101992
TEHRAN (IQNA) - Ahli sejarah dan tafsir telah menulis tentang Hazrat Syuaib (as) bahawa beliau buta, tetapi mempunyai kemahiran dalam ucapan dan berpidato logik dan berpenalaran, beliau seorang orator ulung.

Laporan IQNA; Pada masa muda hazrat Musa (as), selepas merempuh masalah dengan pengikut firaun yang berakhir kematian, hazrat Musa dikejar oleh tentera firaun. Musa (as) melarikan diri dari negeri itu dan di tengah jalan terserempak dengan gadis-gadis pengembala kambing. Musa setelah meminta izin, membantu gadis-gadis itu mengambil air untuk haiwan kembalaan dan kemudian menemani kembali ke rumah mereka.

Mereka adalah anak-anak perempuan Nabi Syuaib (as) dan apabila mereka pulang ke rumah, mereka menawarkan untuk mengupah Musa, yang diterima oleh bapanya. Syuaib menawarkan kepada Musa pekerjaan dan perkahwinan dengan anak perempuannya, dan dia menerimanya. Selepas menamatkan kontrak kerjanya, Musa mengahwini anak perempuan Syuaib.

Menurut beberapa sumber, Syuaib buta seperti Yaqub. Ramai ahli sejarah dan pengulas menganggap punca buta Syuaib adalah kerana dia banyak menangis sebab cinta dan rindunya kepada Tuhan.

Telah diriwayatkan dari Nabi Islam (SAW): Hazrat Syuaib (as) menangis kerana cinta Allah sehingga buta, Allah jadikan dia melihat lagi, dia menangis sehingga dia buta lagi, Allah jadikan dia melihat lagi, untuk kali ketiga, dia menangis sangat kerana cinta Allah sehingga dia menjadi buta, Allah menjadikan dia melihat lagi, dan pada kali keempat, Allah mewahyukan kepadanya: “Wahai Syuaib! Berapa lama engkau akan terus begini? Jika tangisanmu kerana takutkan api neraka, maka sesungguhnya Aku haramkan atasmu, dan jikalau kerana berharapkan syurga, maka Aku halalkan bagimu."
Syuaib (as) berkata:

اِلهِی وَ سَیدِی اَنْتَ تَعْلَمُ اَنِّی ما بَکیتُ خَوْفاً مِنْ نارِك وَ لا شَوْقاً اِلی جَنَّتِكَ، وَ لکنْ عُقِدَ حُبُّكَ عَلی قَلْبِی فَلَسْتُ اَصْبِرُ اَوْ اَراكَ

"Wahai Tuhanku dan tuanku! Kamu tahu bahawa aku menangis bukan kerana takutkan api nerakaMu, bukan juga kerana rindukan syurgaMu, tetapi cintaMu terikat dalam hatiku sehingga aku tiada akan sabar atau aku akan memandangMu (dengan mata hatiku)".

Tuhan berfirman kepada Syuaib: "Sekarang kamu mempunyai keadaan seperti itu, Aku akan segera menjadikan sahabatKu - Musa (as) akan menjadi pengkhidmatmu."

Seperti yang disebutkan dalam huraian tentang kehidupan Hazrat Musa (as) adalah pembantu pengembalaan milik hazrat Syuaib (as) selama lebih dari sepuluh tahun.

Hazrat Syuaib (as) menyeru umatnya kepada Tuhan dan keadilan dengan logik dan penaakulan serta kaedah yang bijaksana dan penuh kasih sayang. Ucapannya sangat menarik dan menawan sehingga Nabi Islam (SAW) berkata:

کانَ شُعَیبٌ خَطِیبُ الْأنبِیاءِ

"Adapun Syuaib adalah pembicara - penceramah - pemidato para Nabi"

Tetapi kaumnya, daripada mendengar seruan logik Syuaib (as) dan mentaatinya, mereka malah berdegil dan menentangnya dengan angkuh, sehingga mereka memanggil Syuaib dengan gelaran jahil dan lemah akal.

Ahli sejarah mengenai umur Syuaib ada perbezaan pendapat; Ada yang percaya bahawa Syuaib (as) hidup selama 242 tahun, sementara yang lain menulis hidupnya selama 254 dan 400 tahun, dan terdapat juga perbezaan pendapat tentang tempat kematian dan pengebumiannya; Arab Saudi, Yaman, Palestin dan Iran adalah nama-nama tempat di mana Syuaib berkemungkinan dikebumikan.

*Kalimullah - sahabat sebicara Allah adalah gelaran Nabi Musa (as) - "Musa kalimullah" - kerana Allah swt sering ajak bicara nabi Musa (as) yang direkod dalam Al-Quran.

captcha