IQNA

Cebisan Khotbah Jumaat Tehran:

Masalah Pemusuh Iran adalah kerana Iran kuat dan merdeka

7:47 - October 08, 2022
Berita ID: 3101629
TEHRAN (IQNA) - Hujjatul-Islam Sidiqi berkata dalam khutbah kedua solat Jumaat minggu ini di Tehran: Masalah musuh bukan dengan Republik Islam, tetapi masalah mereka adalah dengan Iran yang kuat dan merdeka.

Laporan IQNA; Hujjatul-Islam wal-Muslimin Kazim Sidiqi, hari Jumaat 7 Oktober, dalam khutbah pertama solat Jumaat di Tehran, menyeru para ahli sidang Jumaat untuk bertaqwa dan berkata: Allah berfirman supaya sentiasa menjaga kesucian Allah dan kesucian Al-hak - kebenaran mesti dipelihara, tentunya berkat dan kesan memelihara kesucian hak adalah keabadian manusia terjamin.

Khatib sidang Jumaat Tehran menyatakan bahawa apa yang kita fikirkan, apa yang kita inginkan, dan apa yang kita lakukan adalah semua benih yang ditanam di dalam tanah hati kita, Apabila Malakul -maut datang, benih ini akan tumbuh. Solat Jumaat, solat malam dan tawasul dengan doa-doa yang diajarkan oleh Insan-insan suci Ahlulbayt Nabi as antara benih yang perlu diberi perhatian.

Pembohongan dan ketidakadilan membawa akibat buruk kepada manusia dan kita tidak boleh lupa bahawa apabila kita mati, kita duduk di meja tindakan - amalan kita sendiri. Tuhan mengetahui apa yang anda lakukan dan adalah penting untuk anda mempertimbangkan dan mempertanggungjawabkan diri anda sendiri.

Sidiqi menyatakan: Dua doa wajib solat dalam bacaan surah Al-Fatihah dan tasyahud; kita memohon kepada Tuhan untuk membimbing kita ke jalan yang benar, dan kita berdoa untuk memohon hidayah - petunjuk yang sangat penting. Salah satu aspek hidayah ialah petunjuk yang Allah berikan kepada manusia melalui keberkatan wujud Nabi (SAW) dan Imam Ali (as) sebagai pembimbing manusia yang Allah telah berikan kepada kita.

Jalan yang lurus itu ada kelebihannya, salah satu kelebihannya ialah jalan Allah dan jalan wali Allah, dan ia mencipta ketenangan, dan jalan inilah yang sama dengan jalan para nabi yang pasti mempunyai kesudahan yang baik, tetapi jalan kemahuan hawa nafsu dan angan-angan tidak seperti ini, jalan hawa nafsu dan angan-angan selalu berubah ke arah yang tidak pasti, oleh itu, jalan yang lurus - sirotal-mustaqim adalah jalan keseimbangan - keadilan dan meyakinkan keselamatan.

Khatib Jumaat di Tehran menyatakan bahawa ekstremisme dan keterlaluan dalam apa jua pekerjaan adalah menyusahkan umat manusia dan berkata: Adapun jalan tengah - jalan keseimbangan adalah jalan keadilan, dan Allah telah menasihati umat Islam untuk mengambil jalan tengah, dan Ali (as) adalah model bagi keadilan dan jalan yang lurus.

Hujjatul-Islam Sidiqi dalam khutbah kedua solat Jumaat di Tehran, merujuk kepada rusuhan baru-baru ini berkata: "Dalam rusuhan negara baru-baru ini, terdapat beberapa siri isu sekunder dan beberapa siri isu utama, itu harus diberi perhatian asas; Dunia penguasa kesombongan dan kubu takfiri mempunyai perang yang anti keadilan, anti hak dan agama Allah, dan sejak hari bendera agama telah dikibarkan di negeri ini dan panji-panji yang tidak dapat ditembusi oleh mereka dan seorang pemimpin yang telah masuk melalui cinta dalam hati rakyat, berpendidikan Al-Quran dan Islam, dan dia telah memelihara bendera ini dengan kewibawaan, maka dunia penguasa kesombongan tidak merasa serasi dan mereka meletakkan jenayah dan konspirasi dalam agendanya dan tidak pernah ada hari di mana pemusuh ini tidak mengurangkan permusuhannya dan tidak pernah ada hari apabila dia tidak membuat huru-hara, rusuhan dan kekacauan.

Khatib Jumaat Tehran melanjutkan khotbah dengan menyatakan bahawa musuh telah membunuh ribuan komander rakyat Iran Islam pada pelbagai masa dalam sejarah berdirinya Republik Islam, mereka menjarah harta rakyat dan tidak sebarang rusuhan berlaku di negara ini kecuali ada kesan campur tangan mereka, tetapi berkat tumpahan dara suci syuhada anak bangsa mulia kalangan rakyat negara ini yang mencipta basirat - pandangan tajam mayoriti rakyat, wawasan yang benar dan Kesatuan ditubuhkan dan negara dibersihkan daripada nasib jahat mereka dan mereka diusir dari negara ini.

Tetapi apabila musuh melihat bahawa agenda keganasan dan kekacauan mereka pada permulaan kemenangan revolusi Islam tidak ke mana-mana - tidak membawa hasil bagi mereka, pemusuh memulakan perang yang dikenakan, perang yang serupa dengan perang dunia, mereka memberikan semua jenis sokongan kepada rejim Ba'ath Iraq, tetapi pemuda negara ini tetap tegak memegang teguh wilayah - tidak tunduk pada arogansi musuh dan malah berdiri menentang dan mengalahkan musuh.

Khatib Jumaat di Tehran menyifatkan perang sekatan sebagai sejenis perang yang wujud sejak awal Republik Islam, yang semakin sengit dari tahun ke tahun, dan mengingatkan bahawa: serentak dengan sekatan, musuh memulakan pelbagai hasutan, konspirasi seperti pada tahun 78, 88, 96 dan 98 sebagai hasutan baharu yang kesemuanya dihalang oleh keikhlasan rakyat dan kepimpinan Tertinggi revolusi Islam.

Sidiqi mengatakan bahawa dalam rusuhan baru-baru ini, pihak yang menuntut dengan cara membuat rusuhan dan orang-orang fanatik jahil menjadi sia-sia dan mereka akan musnah dan bumi akan dibersihkan daripada kejahatan mereka, Khatib berkata: rusuhan baru-baru ini telah dirancang dan disebabkan oleh konspirasi musuh, seperti yang dikatakan oleh Pemimpin revolusi; konspirasi ini berada di tangan Amerika Syarikat, rejim Zionis dan negara-negara yang bergantung padanya. Masalah utama adalah musuh kita ialah Amerika dan keangkuhan global, dan mereka ini adalah kegelapan dan mereka tidak serasi dengan cahaya. Walaupun republik kita bukan Republik Islam, mereka tetap tidak akan mencerminkan Iran yang kuat dan merdeka. Masalah mereka bukan dengan Republik Islam, tetapi masalah mereka adalah dengan Iran yang kuat dan merdeka".

4090100

captcha