IQNA

Pemusnahan 500 kubur Palestin oleh penjajah Zionis

0:52 - November 08, 2021
Berita ID: 3100383
TEHRAN (IQNA) - Sheikh Ikrima Sabri, pendakwah Masjid Al-Aqsa dan ketua Majlis Tertinggi Islam Quds, mengumumkan pemusnahan 500 kubur di Palestin oleh penjajah Zionis.

Laporan IQNA; memetik Pusat Maklumat Palestin, beliau membuat kenyataan ini semasa mesyuarat yang diadakan oleh Perhimpunan Rakyat Palestin di Luar Negara dan Kubah as-Sakhra / قبه الصخره yang  bertajuk; "Demolition and exhumation: the policy of Judaization and falsification of history for Israel on earth and below "/ "Perobohan dan penggalian: dasar Judaisasi dan pemalsuan sejarah untuk Israel di atas dan di bawah bumi".

Syeikh Ikrimah menjelaskan bahawa penjajah kini telah menyerang makam Yusufiyah di sebelah Masjid Al-Aqsa dan berniat untuk memusnahkannya dengan membina taman Taurat di situ dan menghamburkan jenazah umat Islam dan tulang belulang ahli kuburan disitu.

Khatib al-Aqsa menegaskan bahawa makam ini adalah dokumen yang tidak dapat dinafikan terhadap pendudukan, yang membuktikan kewujudan sejarah orang-orang di tanah ini, jelasnya, apa yang dilakukan oleh penjajah sekarang adalah serangan terang-terangan terhadap makam umat Islam, kerana tanah perkuburan itu menempatkan mayat tokoh, ulama, pemimpin dan pegawai terkemuka sepanjang sejarah.

Sabri menjelaskan bahawa umat Islam masih dikebumikan di tanah perkuburan ini, tetapi penjajah cuba mengeluarkan peninggalan dan tanda-tanda kenyataan ini.
“Sekiranya orang Islam menyerang kubur orang Yahudi, seluruh dunia akan membantah dan tidak berdiam diri, tetapi hari ini orang Yahudi memusnahkan kubur umat Islam,” katanya.

Syeikh Ikrimah menegaskan: Kota Baitulmaqdis terletak di dalam hati umat Islam di seluruh dunia.

4011127

captcha