IQNA

Apakah yang dimaksudkan dengan nama "Allah"?

11:45 - February 07, 2023
Berita ID: 3102190
TEHRAN (IQNA) - Kalimah «الله» Allah merujuk kepada zat yang menjadi pencipta dan pembina segala sesuatu serta mempunyai syariat serta layak disembah.

Laporan IQNA; Ayatullah Abulqasem Alidust, dalam sesi kursus tafsir Al-Quran yang memfokuskan kepada tafsir Surah Al-Fatihah, ada mengatakan beberapa perkara yang boleh anda baca dalam petikan perbincangan sesi ini;

Terdapat sekurang-kurangnya dua pandangan dan dua tafsiran tentang kalimah yang diberkati «الله» "Allah". Pada pandangan pertama, nama "Allah" merujuk kepada zat yang merangkumi segala keindahan dan kemuliaan Tuhan. Pendapat kedua ialah «الله» merujuk kepada zat Tuhan dalam kedudukan yang boleh difahami oleh Akal manusia - Penzahiran.

Maksud Allah dalam riwayat Ahlul-Bayt (AS):

:امام الکاظم (علیه السلام)
سُئِلَ عَنْ مَعْنَى اَللَّهِ فَقَالَ اِسْتَوْلَى عَلَى مَا دَقَّ وَ جَلَّ

Imam Al Kadzim (as), apabila ditanya tentang makna "Allah", berkata; "Allah bermaksud Wujud yang mempunyai kawalan ke atas setiap butiran perinci dan halus".

:امام الصادق (علیه السلام)
«لَيْسَ قَوْلِي اَللَّهُ، إِثْبَاتُ هَذِهِ اَلْحُرُوفِ أَلِفٌ، لاَمٌ، لاَمٌ، هَا، وَ لَكِنْ اِرْجِعْ إِلَى مَعْنًى هُوَ شَيْءٌ خَالِقُ اَلْأَشْيَاءِ وَ صَانِعُهَا وَقَعَتْ عَلَيْهِ هَذِهِ اَلْحُرُوفُ وَ هُوَ اَلْمَعْنَى اَلَّذِي يُسَمَّى بِهِ اَللَّ؛

Imam al-Sadiq (as) Berkata: Ucapanku اَللَّهُ bukanlah mentuhankan huruf-huruf alif ( أَلِفٌ), lam ل (لاَمٌ), lam - ل (لاَمٌ) dan ha' (هَا) ه, tetapi merujuk kepada makna Dia Pencipta segala sesuatu dan Pembuat yang kreatif, yang dicipta olehNya huruf-huruf ini dan Dialah yang bermakna yang dengan huruf-huruf itu disebut nama اَللَّهُ - Allah.

(Apabila saya menyebut Allah, bukan mahu menyebut perkataan itu sahaja, tetapi saya merujuk kepada satu makna, dan makna itu adalah Pencipta segala-galanya).

:(علیه السلام) امام حسن العسکری

تَقُولُ بِسْمِ اللَّهِ أَیْ أَسْتَعِینُ عَلَی أُمُورِی کُلِّهَا بِاللَّهِ الَّذِی لَا تَحِقُّ الْعِبَادَهْ إِلَّا لَهُ

Imam Hasan Askari (as) berkata: “Bercakap dengan nama Allah, bermaksud aku meminta pertolongan dalam semua perkaraku kepada Allah, yang hanya Dia layak disembah".

اللّه ُ هُوَ الّذِي يَتَألَّهُ إلَيْهِ عِنْدَ الحَوَائِجِ وَ الشَّدائِدِ كُلُّ مَخْلُوقٍ ، عِنْدَ انْقِطَاعِ الرَّجَاءِ مِنْ كُلِّ مَنْ دُونَهُ

Imam Hasan Askari (as) juga berkata: "Tuhanlah yang kepada-Nya setiap makhluk menghadapkan harapan pada masa kesusahan dan kesulitan, apabila putus harapan dari semua selain Dia."

Ringkasan tafsiran riwayat-riwayat di atas:
Imam ingin mengatakan bahawa Allah merujuk kepada aspek Tuhan yang Maha "Rahman", "Rahim" Pemilik kebaikan yang sempurna dan kebijaksanaan dan juga menunjuk kepada aspek penguasaan, sebagai Pencipta dan Yang layak disembah, kriteria rahman dan rahim berkaitan dengan Tuhan sebagai Pencipta dan kerana Pencipta mempunyai kuasa, oleh itu Pencipta berhak disembah. Jadi kita menggunakan kalimah اَللَّهُ "Allah" untuk merujuk kepada Pencipta, apabila Pencipta, Dia menjadi dominan - menguasai, apabila dia menjadi Penguasa, Dia menjadi layak disembah. Hadis keempat menyebut tentang aspek Pencipta yang juga menjadi tempat makhluk berlindung dan memohon pertolongan.

captcha