IQNA

Al-Quran bercakap mengikut realiti / 4

Sayidina Ali (KWJ) Paksi Pemersatu Umat manusia

17:53 - February 04, 2023
Berita ID: 3102176
TEHRAN (IQNA) - Sempena memperingati hari ulang tahun Sayidina Ali (radhiallahu anhu), yang bersamaan dengan tarikh 13 Rejab, hari ini 1444H, berdasarkan riwayat masyhur, dan satu-satunya insan yang lahir dalam Ka'bah, Baitullahil Haram, Mekah yang kisahnya tidak akan perna hilang di minda generasi muslimin dan umat manusia, kerana hujah itu dengan izin Allah SWT begitu jelas pada retakan dinding Ka'bah yang berbekas ada hingga sekarang.

Laporan IQNA; Rancak diperkatakan di muka umum, sama ada di media mahupun di arena perjumpaan masyarakat; Cendekiawan muslim dan tokoh akademik serta pakar kenegaraan dan politik, apabila sahaja perdana menteri Malaysia ke-10 Datuk Sri Anwar Ibrahim bercakap tentang warkah Sayidina Ali (KWJ) yang sepatutnya menjadi rujukan politik elit dunia Islam selama berpuluh-puluh abad, walaupun begitu, mungkin ada yang mengatakan ia memeranjatkan; warkah mulia ini menjadi perhatian perdana menteri Malaysia yang baharu untuk menjadi garis panduan mentadbir negara.

Sememangnya umat Islam mempunyai kewajipan mutlak untuk membentuk saf yang bersatu padu, kerana konsep Tauhid Allah SWT yang mewajibkan umat Islam untuk menjalinkan kesatuan, tetapi apabila konsep kemanusiaan turut menjadi tumpuan perintah Allah untuk menegakkan keadilan, maka pemimpin masyarakat Islam menjadi paksi kekuatan penyatu kemanusiaan, tugas itu telah dilaksanakan dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad (SAW) yang kemudian dilanjutkan oleh Sayidina Ali (KWJ) sebagai penyambung matlamat Islam sepeninggal baginda (SAW) yang konsepnya terkandung dalam warkahnya yang terkenal kepada Malik al-Ashtar (ra) yang dihantar sebagai gabenor Mesir ketika itu.

Jika Allah SWT menjelaskan firmanNya dalam ayat:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Qs, A-li'Imraan 3:103).

Yang bermaksud dengan kedatangan Baginda Nabi Muhammad (SAW), telah terbentuk kesatuan umat manusia dalam kumpulan muslimin, tetapi tidak lama kemudian sejak ditinggal wafat oleh Nabi (SAW), petaka perpecahan melanda umat, maka siapakah yang akan mempersatukan mereka kembali? persolan ini perlu dicari jawapannya oleh setiap generasi manusia, khususnya umat Islam. Bagi mereka yang ahli mengkaji dan meneliti sudah tentu akan menemukan paksi pemersatu umat itu ada pada Sayidina Ali (ra).

Sayidina Ali (ra) sama ada sebagai Khulafaur Rasyidin yang keempat atau sebagai Imamul Mutaqin dan Amirul Mukminin adalah paksi pemersatu umat Islam dan bahkan umat manusia, kerana beliaulah yang memiliki garis panduan yang menegakkan keadilan yang diperlukan oleh umat manusia, adanya warkah panduan mentadbir masyarakat adalah hanya sebahagian dari konsep yang disediakan oleh Sayidina Ali (as) dalam pengurusan dan tata kelola negara, catatan lain juga masih banyak yang perlu disemak kembali oleh setiap orang yang menghargai kemanusiaan dan keadilan yang dikonsepkan oleh Sayidina Ali (ra) sama ada dalam bentuk doa-doa dan kumpulan khutbah serta mutiara hikmah. Berikut link terjemahan warkah sayidina Ali bin Abi Thalib (ra) yang telah viral di media sosial;

https://online.anyflip.com/isgld/yvra/mobile/

*Siri - Al-Quran bercakap mengikuti realiti - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha