IQNA

Wawancara

Motivasi keluarga dalam pendidikan Al-Quran

16:25 - January 28, 2023
Berita ID: 3102149
TEHRAN (IQNA) - Nabi SAW pernah bersabda; ( أدِّبوا أولادَكم على ثلاثِ خِصالٍ حُبِّ نبيِّكم وحبِّ أَهلِ بيتِه وقراءةِ القرآنِ فإنَّ حَملةَ القرآنِ في ظِلِّ اللَّهِ يومَ لا ظِلَّ إلَّا ظلُّهُ معَ أنبيائِه وأصفيائِهِ) yang bermaksud; "Didiklah anak-anakmu dengan tiga sifat: mencintai Nabimu, mencintai keluarga Nabimu, dan membaca Al-Quran, kerana itulah sebagai pembawa Al-Quran, maka sesungguhnya mereka yang membawa Al-Quran akan dibawa oleh Al-Quran ke bawah naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya dan mereka berada bersama nabi-nabi dan orang-orang suciNya."

Laporan IQNA; memetik wawancara wartawan IQNA dengan  seorang ibu bersama keluarga yang datang lawatan pada hari ke 7 festival seni Al-Quran Global Restu di kompleks Nasyrul Quran Putrajaya, tentang motivasi beliau datang bersama keluarga yang boleh menjadi inspirasi dalam pendidikan anak-anak dan keluarga bagi kalangan ibubapa yang lain untuk juga memperhatikan pendidikan Al-Quran untuk anak-anak dan keluarga mereka, beliau setelah memperkenalkan diri dengan suami dan ketiga anak-anaknya yang masih usia kanak-kanak, seorang 6 tahun, seorang lagi 4 tahun dan bayi tujuh bulan mengungkapkan motivasinya, beliau berkata; kenapa saya terpanggil nak datang ke sini setelah kami dapat info dari pada kawan, kami tertarik nak datang ke sini sebab katanya ada pameran Al-Quran daripada seluruh dunia, kita memang sukalah nak kejar benda-benda macam ini, setelah bagi banyak hiburan kepada anak-anak, sudah bawa main jalan-jalan, ke tanah permainan, semua  tempat sudah kita bawa, tentu satu jalan lagi kita pergi ke tempat macam ini pula supaya kenalkanlah apa, siapa, lagi-lagi bila ada sedikit sejarah nabi Muhammad (SAW) kita nak ajar sendiri mungkin kita tak ada contoh yang terbaik, bawa ke sini kita boleh bagi mereka contoh, kita tunjukkan ini apa, ini siapa, dari mana dan mungkin dari pada situ anak-anak dapat timbulkan soalan baru kita boleh bagi peneranganlah ikut pemahaman anak-anak.

Berkaitan ada perbezaan membawa anak-anak ke tempat hiburan yang tidak berkaitan dengan Al-Quran, beliau mengulaskan; memang sangat banyak perbezaan sebab kita tak ada info-info mengenai Al-Quran, sangat jarang nak dapat untuk satu masa macam ini, kita nampak pula orang lain bawa anak murid sekolah-sekolah agama macam ini, kita terpanggil dengan orang kata rasa macam mendorong kita akan cari lagi tempat macam ini untuk bawa anak-anak, berterusan sehingga mereka membesar sedikit lagi, bila anak-anak sudah pandai baca mungkin mereka menjadi terbiasa dengan suasana cari ilmu agama dengan cara macam ini, kita sudah ajar anak-anak, akan datang anak-anak pula akan terikut dan anak-anak akan amalkan sampai mereka besar nanti.

Motivasi keluarga dalam pendidikan Al-Quran

 

Berita Berkaitan
captcha