IQNA

Masjid Heydar, Baku + Gambar

TEHRAN (IQNA) - Masjid "Heydar" «حیدر» di Baku, Republik Azerbaijan dianggap sebagai masjid terbesar di wilayah Caucasus yang di bangun tahun 2014. Bangunan masjid yang indah ini berasal dari seni bina "Shirvan" «شیروان» yang merangkumi gabungan gaya seni bina zaman Sasanian dan juga seni bina Islam Khorasani. Keluasan dalaman bangunan 4,200 meter persegi ini telah memungkinkan untuk menyediakan perkhidmatan ibadat untuk 4,000 orang pada masa yang sama. 4 menara yang sangat tinggi dengan ketinggian 95 meter dan dua kubah 55 dan 35 meter dalam pencahayaan malam mendedahkan kesan indah seni bina Islam kepada orang yang lalu-lalang.