IQNA

Apa kata Al-Quran (30)

Makanan Halal dalam Al-Quran

7:30 - October 03, 2022
Berita ID: 3101610
TEHRAN (IQNA) - Setiap agama dan ritual mempunyai kriteria untuk kebersihan makanan dan menganggap ada had untuknya, untuk kesihatan atau pemeliharaan zuhud dan perhambaan kepada Tuhan. Kadang-kadang sekatan ini membawa pengikut kepada jalan buntu, tetapi dilihat dalam ayat-ayat Al-Quran, tidak ada jalan buntu dalam isu makanan.

Laporan IQNA; Ayat-ayat Al-Quran telah menetapkan makanan yang diharamkan dan dilarang bagi penganut agama Islam. Tetapi oleh kerana tujuan Islam adalah untuk menjadikan manusia selesa dan mencegah ketegasan yang tidak perlu, terdapat beberapa perkara yang disebut dalam Al-Quran yang sangat signifikan - penting di samping topik halal dan haram.

Salah satu kandungan ini adalah seperti berikut: "Tuhan yang sama yang telah mengharamkan makanan tertentu, dengan rahmat-Nya yang istimewa, telah membenarkan penggunaannya dalam kes-kes keperluan." Tetapi kebenaran ini terhad kepada syarat tertentu yang dilihat boleh membahayakan manusia.

Dalam kitab Tafsir امثال - 'Amthal' «تفسیر نمونه» Tafsir Nemuneh - Berbahasa Persia -, dinyatakan bahawa dua syarat telah dikemukakan agar pengecualian ini tidak dijadikan alasan untuk boleh makan makanan terlarang secara berlebihan. Pertama, dalam keadaan darurat, ia tidak boleh dilakukan dengan niat untuk bersenang-senang, dan kedua, ia tidak boleh melampaui batas keperluan. Perhatikan ayat ini:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Qs, Al-Baqarah 2:173).

Mungkin difikirkan bahawa tujuan utama ayat ini adalah untuk mengharamkan makanan tertentu, tetapi menarik untuk diketahui bahawa pada masa diturunkannya, banyak makanan yang dilarang dalam masyarakat pada zaman jahiliah padahal tidak berbahaya.

Sebagaimana penjelasan dalam Tafsir Noor, dengan mengambil kira bahawa makanan haram terdapat lebih daripada empat jenis makanan dari yang disebutkan dalam ayat ini, perkataan إِنَّمَا "innama" tidak bermaksud larangan makanan hanya terhad kepada empat jenis barang-barang tersebut, tetapi pengharaman empat jenis makanan ini untuk menegasi larangan memakan makanan yang uruf jahiliah haramkan memakannya yang jauh lebih banyak macamnya. Contoh makanan yang diharamkan oleh masyarakat jahiliat;

مَا جَعَلَ ٱللَّهُ مِنۢ بَحِيرَةٍۢ وَلَا سَآئِبَةٍۢ وَلَا وَصِيلَةٍۢ وَلَا حَامٍۢ ۙ وَلَـٰكِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ ۖ وَأَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

"Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya" (Qs, Al-Maaidah 5:103).

"Bahirah" ertinya unta yang melahirkan 5 kali dan yang kelima ialah jantan; "Saa'ibah" bermaksud unta yang dikhususkan kepada Tuhan atau berhala selepas pulang dari perjalanan atau sembuh dari sakit, atau unta yang melahirkan 10 kali, dan "Wasilah" bermaksud sepasang kambing biri-biri jantan kembar yang dilepas untuk Tuhan, mereka dilarang menyembelihnya, dan "Haam" bermaksud unta jantan yang daripadanya dilahirkan 10 ekor unta.

Demikian dalam masyarakat sebelum kedatangan Nabi Muhammad (SAW), banyak makanan yang dianggap haram, namun dianggap boleh dengan ayat ini. Imam Sadiq (as) juga berkata untuk menekankan kandungan ayat ini: "Jika seseorang dengan sengaja tidak memakan makanan yang diharamkan dalam keadaan darurat dan meninggal dunia, maka dia mati kafir."

Perkara lain ialah kaedah kecemasan - اضْطُرَّ - Darurat (iaitu, mengubah hukum awal apabila kehidupan dalam bahaya) tidak hanya dalam urusan makanan yang tidak boleh dimakan menjadi boleh, dalam urusan lain dalam apa jua darurat, ia mencairkan undang-undang. Sama seperti apabila seseorang itu sakit dan doktor mengarahkan pesakit berehat, seseorang itu hendaklah solat sambil berbaring.

Larangan Ilahi bukan sahaja untuk masalah perubatan dan kesihatan, seperti larangan darah dan bangkai, tetapi kadangkala ia terjadi pada isu menjaga kesucian, agama, intelektual dan pendidikan.

Seperti pengharaman daging binatang yang disembelih dengan selain nama Allah, iaitu kerana menafikan syirik. Seperti kadang-kadang kita menjauhi makanan jualan seseorang kerana dia tidak menjaga kebersihan, tetapi kadang-kadang kita menjauhkan diri untuk memakan makanan yang ia hidangkan kerana bantahan kita kepadanya. Demikian juga konsep Taqiah - dalam usaha menghindari darar-kecemasan individu dan sosial, seseorang boleh secara batin menyembunyikan keimanannya dengan menzahirkan perkara yang sekedar untuk menghindari darar, dan tidak sampai sengaja kufur.

Berita Berkaitan
captcha