IQNA

Mahmoud beri Israel setahun keluar dari wilayah Palestin

12:50 - September 26, 2021
Berita ID: 3100197
TEHRAN (IQNA) - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberi tempoh selama setahun kepada Israel untuk keluar daripada wilayah yang diduduki atau tidak akan mengiktiraf negara Yahudi berdasarkan sempadan sebelum 1967.

Dalam ucapan secara maya kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abbas meminta Setiausaha Agung pertubuhan itu, Antonio Guterres untuk mengadakan persidangan damai antarabangsa.

Tetapi seiring dengan permintaan itu, beliau juga mengeluarkan tuntutan akhir.

"Kita harus menyatakan bahawa Israel, memiliki satu tahun untuk keluar daripada wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur," katanya.

captcha