IQNA

Israel kini nombor 1 jangkitan Covid-19, Malaysia di tangga ke-9

8:24 - September 05, 2021
Berita ID: 3100072
TEHRAN(IQNA)- Israel kini berada di tangga pertama kes penularan Covid-19 biarpun berada di hadapan dalam program pemberian vaksin.

Daily Mail melaporkan, ini jelas satu amaran kepada Britain, Amerika Syarikat (AS) dan negara lain yang mencapai kadar vaksinasi tinggi untuk terdedah kepada gelombang baharu.

Statistik yang dikumpulkan Oxford University menunjukkan terdapat 1,892 kes Covid-19 bagi setiap sejuta penduduk di Israel setakat Rabu lalu – hampir 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduknya dalam masa sehari.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding negara kedua paling teruk dilanda Covid-19, Mongolia, yang mencatatkan 1,119 kes bagi setiap sejuta penduduk selain Kosovo (980 kes), Georgia (976 kes) dan Montenegro (909 kes) yang berada pada lima kedudukan teratas.

Ini diikuti Grenada (690 kes), AS (594 kes), Cuba (583 kes), Malaysia (572 kes) dan Saint Kitts and Nevis (560 kes).

Diharapkan data mengenai wabak Covid-19 akan berkurang jika semua pihak memberikan kerjasama yang jujur, kerana umat manusia perlu merasa saling peduli dan tidak perlu menunjukkan besarnya bencana, kerana ini juga akan dibuat sebagai agenda oleh para musuh kemanusiaan untuk melemahkan semangat berdepan dengan masalah yang jauh lebih besar bagi umat manusia, terutama bagi umat Islam yang mempunyai musuh yang tidak pernah mundur untuk merancang dan melaksanakan agenda permusuhan yang nyata dan tersembunyi, seperti sikap monopoli kuasa elit politik dan perniagaan global oleh kapitalis Amerika, Eropah dan Zionis Israel.

Umat ​​Islam tentunya mempunyai musuh yang sama dengan kaum lemah diseluruh dunia yang disebut oleh al-Quran sebagai Mustazafin yang dijajah oleh penjajah Mustakbirin. Keadaan sukar yang ditunjukkan oleh musuh kemanusiaan hanya berfungsi untuk agenda mengalihkan pandangan dari masalah asal, iaitu kes jenayah global berhubung pertikaian dan pendudukan yang berterusan di tanah Palestin dan atas rakyat nya yang masih dijajah oleh pergerakan keganasan Zionis Israel.

utusan.com.

captcha